Home

1.0   PENDAHULUAN

1.1     Kegiatan   kokurikulum   sekolah   yang   merangkumi   aktiviti   Pasukan   Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik  darjah  kerana  peranannya  sebagai  penyumbang  dan  pelengkap  kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2     Pada  masa  ini  sekolah  menawarkan  pelbagai  jenis  kegiatan  pasukan  badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan.  Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktivfiti tersebut.

1.3     Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah,  pihak  sekolah  ada  membuat  penilaian  terhadap  kegiatan  kokurikulum yang  diceburi  oleh  murid-murid.       Namun  penilaian  yang  dibuat  oleh  setiap sekolah adalah berbeza-beza.  Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah  berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4     Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi  mencadangkan agar kegiatan  kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format  atau  kaedah  yang  tetap  dan  diiktiraf  agar  keesahan  dan  kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah   penilaian   kemasukkan   murid   ke   institusi-institusi   pengajian   tinggi tempatan.

2.0   OBJEKTIF

2.1     Menyediakan  satu  kaedah  penilaian  aktiviti  kokurikulum  yang  boleh  diterima pakai oleh semua sekolah.

2.2     Membantu   Jabatan   Pengurusan   IPT   dalam   membuat   penilaian   kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

2.3     Menggalak  dan  meningkatkan  penglibatan  yang  menyeluruh  di  kalangan  murid dalam aktiviti kokurikulum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s